Monday 18 January 2016

PENGENALAN SK KULAI

SK KULAI LAMA
SK KULAI 2016
Sejarah SK Kulai
Tahun 50-an keadaan negara kita diancam oleh keganasan komunis. Ketika itu orang-orang yang tinggal di luarkawasan  pekan-pekan kecil dikelompokkan di kawasan-kawasan penempatan  baru disekitar pekan Kulai. Pada masa itu juga kawasan Kulai telah  diisytiharkan sebagai kawasan ‘hitam’. Oleh itu tindakan serupa  dikenakan kepada penduduk kawasan ini.
Penempatan baru untuk kaum Cina dan kaum Melayu telah didirikan di pinggir pekan ini. Penempatan untuk orang-orang Melayu ini telah dikenali sebagai Kampung Melayu Kulai. Sebagai sebuah penempatan baru, kemudahan asas seperti sekolah untuk anak-anak belajar amat diperlukan, Dengan semangat ‘muafakat  membawa berkat’ penduduk-penduduk Kampung Melayu telah mendirikan sebuah sekolah kecil dalam tahun 1952.
Gerakan pembinaaan sekolah ini telah diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul bin Ba’du iaitu penghulu Kulai ketika itu. Allahyarham Tuan Haji Abdul bin Ba`du dilahirkan pada 1899 dan menjadi penghulu Kulai sehingga tahun 1965. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1970 selepas 5 tahun bersara dari jawatan penghulu Kulai. Sesungguhnya usaha Allahyarham mengorak langkah dalam usaha membina sekolah ini amat disanjung tinggi.

Sejarah Penubuhan SK Kulai
1952 – Sekolah ini diwujudkan dengan hasil usaha dan kerjasama penduduk dalam  zaman ‘darurat’
1954 – Bangunan asal berdinding papan sekerat telah didindingkan sepenuhnya atas bantuan kerajaan.
1963 – Sebuah bilik darjah dibina
1972 – Sebuah bangunan tambahan dua tingkat  yang  dilengkapkan dengan enam bilik darjah,  pejabat,
bilik guru, dan tandas dibina.
1988 – Empat buah bilik darjah dibina melalui program gotong- royong.
1991 – Empat buah bilik darjah dan sebuah bilik prasekolah dibina melalui program gotong-royong kali kedua.
1994 – Bangunan lama 1952-1953 telah dirobohkan dan dibina bangunan tiga tingkat yang mengandungi
lapan bilik  darjah, sebuah bengkel kemahiran hidup, tandas guru dan murid.
1995 – Dua buah bilik darjah diubahsuai oleh Jabatan Pendidikan Negeri  Johor untuk dijadikan kelas Pendidikan khas
1999 – Sebuah bilik darjah, makmal  sains, dua kelas Pendidikan Khas dan Prasekolah dirobohkan untuk
dibina sebuah  bangunan empat tingkat.
2000 – Bangunan empat tingkat mengandungi empat buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah
bilik komputer, bilik guru, bilik SPBT dan sebuah bilik mesyuarat siap dibina.

No comments:

Post a Comment