Tuesday 22 August 2017

KOLABORASI PDPC MERENTAS DAERAH NEGERI JOHOR-PAK 21

KOLABORASI PDPC MERENTAS DAERAH NEGERI JOHOR-PAK 21
Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 60

Tarikh : Selasa 22 Ogos 2017
Tempat : Makmal Bestari SK Kulai
Sasaran : Murid Tahun 4 Berlian
Masa : 8:15Pagi











SENAMROBIK SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-60

Selasa 22 Ogos 2017
Masa-7:25pagi
Tempat-Padang SK Kulai







Sunday 13 August 2017

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK KULAI 2017

TEMA : NEGARAKU SEHATI SEJIWA
TARIKH : 13 OGOS 2017
HARI : AHAD
MASA : 7:10 PAGI/ 5:40 PETANG
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH

Pengenalan
Sambutan Bulan Kemerdekaan diraikan setiap tahun untuk membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Pada tahun ini, kemerdekaan negara yang mencapai usia 60 tahun.

Justeru, pihak sekolah merupakan salah satu pihak bertanggungjawab untuk melahirkan generasi baru yang memiliki jati diri dan rasa cintakan negara kita, Malaysia.

Maka, Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-60 peringkat sekolah akan dilaksanakan bermula dari 13 Ogos 2017 hingga 17 September 2017. Tempoh pelaksanaan program mengambil masa selama sebulan kerana Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2017 juga perlu diingati oleh kita semua. Sambutan ini juga dikenali sebagai Sambutan Hari Kebangsaan 2017.


Objektif
1- Menanam semangat cintakan tanah air dalam diri.
2- Menjalin hubungan baik dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan warna kulit, kaum dan agama.
3- Meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah tanah air serta dan keunikan bangsa Malaysia.
4- Menghargai sumbangan pejuang-pejuang kemerdekaan dan pemimpin-pemimpin negara.
5- Mengetengahkan bakat murid dalam beberapa bidang seperti pengucapan awam dan seni.