Sunday 31 December 2017

HARI PERTAMA SEKOLAH SESI PAGI DAN PETANG 2018

Tuan Guru Besar En.Razali bin Lan bersama YDP PIBG En.Raujan bin Selamat menyambut murid-murid sesi pagi pada hari pertama persekolahan 2018.

Lawatan Pegawai JPNJ, PPD dan IPD Kulai pada hari pertama persekolahan 2018

Tuan Guru Besar En.Razali bin Lan bersama Guru-Guru sesi petang bersedia menyambut kedatangan murid-murid pada hari pertama persekolahan 2018




Tuan Guru Besar En.Razali bin Lan menyampaikan ucapan hari pertama persekolahan kepada semua murid sesi petang 2018




Sunday 10 September 2017

MAJLIS RESTU ILMU MURID TAHUN 6 UPSR 2017

Hari : Ahad 10 Sep 2017
Masa : 7:40pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Kulai

Rasional
Majlis Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan terakhir calon UPSR dari segi fizikal dan mental sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Rasionalnya Majlis Restu Ilmu kerana restu ibu bapa dan guru serta bimbingan dan motivasi mampu menjadi kekuatan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan disamping sokongan berterusan daripada pihak sekolah.

Matlamat
1- Untuk melahirkan anak didik yang berbudi luhur, berketrampilan, berdaya saing dan cemerlang.
2- Membimbing dan memupuk nilai budi serta sikap menghargai ibu bapa dan guru.
3- Menanam sikap hormat menghormati.

Objektif
1- Memohon restu ibu bapa dan guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan paling berharga menghadapi peperiksaan UPSR
2- Menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan pihak sekolah.
3- Membina hubungan erat antara sesama pelajar, guru dan ibu bapa supaya berlapang dada menjelang peperiksaan UPSR.


































Tuesday 22 August 2017

KOLABORASI PDPC MERENTAS DAERAH NEGERI JOHOR-PAK 21

KOLABORASI PDPC MERENTAS DAERAH NEGERI JOHOR-PAK 21
Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 60

Tarikh : Selasa 22 Ogos 2017
Tempat : Makmal Bestari SK Kulai
Sasaran : Murid Tahun 4 Berlian
Masa : 8:15Pagi