Saturday 26 March 2016

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU ANTI DADAH 2016

Tarikh : 24 Mac 2016
Gaya Hidup Sihat Amalan Kita.

Matlamat
Memberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang boleh mencegah pelajar-pelajar daripada pengaruh dadah melalui empat pendekatan iaitu Kurikulum, Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan Pengurusan Kepimpinan. Usaha ini bertujuan untuk menyediakan pelajar yang berwibawa dan mempunyai semangat yang kental dalam menghadapi dunia masa hadapan yang penuh dengan cabaran dan pancaroba.

Objektif
Memberi pendedahan tentang :
1. Bahaya dan kesan dadah semasa proses pengajaran dan pembelajaran
2. Membangunkan minda, meningkatkan kesedaran agar dapat menghasilkan tindakan untuk hidup dalam suasana yang sihat dan ceria, aktif dan harmoni.
3. Membentuk peribadi dan sahsiah melalui pendidikan kerohanian, bimbingan dan kaunseling serta mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.
4. Peranan dan tanggungjawab sebagai guru, murid, ibu bapa dan masyarakat dalam mencegah dan mengendalikan masalah berkaitan dadah.