TARIKH : 13 OGOS 2017
HARI : AHAD
MASA : 7:10 PAGI/ 5:40 PETANG
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH
Pengenalan
Sambutan Bulan Kemerdekaan diraikan setiap tahun untuk membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Pada tahun ini, kemerdekaan negara yang mencapai usia 60 tahun.
Justeru, pihak sekolah merupakan salah satu pihak bertanggungjawab untuk melahirkan generasi baru yang memiliki jati diri dan rasa cintakan negara kita, Malaysia.
Maka, Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-60 peringkat sekolah akan dilaksanakan bermula dari 13 Ogos 2017 hingga 17 September 2017. Tempoh pelaksanaan program mengambil masa selama sebulan kerana Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2017 juga perlu diingati oleh kita semua. Sambutan ini juga dikenali sebagai Sambutan Hari Kebangsaan 2017.
Objektif
1- Menanam semangat cintakan tanah air dalam diri.
2- Menjalin hubungan baik dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan warna kulit, kaum dan agama.
3- Meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah tanah air serta dan keunikan bangsa Malaysia.
4- Menghargai sumbangan pejuang-pejuang kemerdekaan dan pemimpin-pemimpin negara.
5- Mengetengahkan bakat murid dalam beberapa bidang seperti pengucapan awam dan seni.
No comments:
Post a Comment